Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA gembira puasa BERJAYA MENCAPAI 103 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH MUSLIM

81  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1119.
Dari Sahal bin Sa'ad r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Di dalam syurga ada sebuah pintu yang disebut Ar Rayyan. Orang-orang yang diperkenankan masuk ke syurga melalui pintu itu pada hari kiamat kelak hanyalah orang-orang puasa, sedangkan yang lainnya tidak diperkenankan. Mereka akan dipanggil, "Hai, orang puasa! Maka masuklah mereka melalui pintu itu. Setelah orang yang terakhir masuk, pintu itu segera ditutup dan dikunci, sehingga yang lain-lain tidak dapat lagi melaluinya."

82  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1066.
Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Bahwasanya Nabi saw. melarang orang melakukan puasa wishal (yakni puasa berturut-turut dua hari atau lebih tanpa berbuka). Lalu kata para sahabat kepada beliau: "Bukankah anda sendiri melakukannya?" Jawab Nabi saw.: "Aku tidak seperti kamu semua. Aku diberi makan dan minum oleh Tuhan ku."

83  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0004.
Dari Thalhah bin Ubaidillah r.a., katanya: "Seorang lelaki penduduk Nejed datang kepada Rasulullah saw. dengan rambut kusut. Kami mendengar suaranya, tetapi tidak jelas bagi kami apa yang dikatakannya. Akhirnya dia mendekat kepada Rasulullah saw., kiranya dia menanyakan perihal Islam. Jawab Rasulullah saw., "Solat lima kali sehari semalam." Tanya orang itu, "Adakah kewajiban kami selain itu?" Jawab Nabi saw., "Tidak! Kecuali jika engkau mahu mengerjakan solat sunat." Kata beliau selanjutnya, "Puasa bulan Ramadhan." Tanya orang itu, "Adakah kewajipan kami selain itu?" Jawab Nabi saw., "Tidak! Kecuali jika engkau mahu puasa sunat." Nabi saw. melanjutkan pula, "Zakat." Tanya orang itu, "Adakah kewajiban kami selain itu?" jawab Nabi saw., "Tidak! Kecuali jika engkau mahu bersedekah sunat." Kata Thalhah, "Kemudian orang itu berlalu sambil berkata: "Demi Allah! Apa yang diajarkan Rasulullah itu tidak akan kutambah dan tidak akan ku kurangi." Sabda Rasulullah saw., "Beruntunglah dia, jika apa yang diucapkannya itu benar-benar ditepatinya."

84  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0551.
Dari Abu Hurairah r.a., (hadis ini juga dari Qutaibah), katanya: "Orang-orang fakir Muhajirin datang kepada Rasulullah saw., lalu mereka berkata: Orang-orang kaya sudah meraih darjat tinggi serta kenikmatan yang kekal abadi. Tanya Rasulullah saw., "Kenapa begitu?" Jawab mereka, "Mereka solat seperti kami solat, dan mereka puasa seperti kami puasa. Dan mereka dapat bersedekah sedang kami tidak dapat bersedekah. Mereka dapat memerdekakan budak, sedangkan kami tidak." Sabda Rasulullah saw., "Sukakah kamu ku ajarkan kepada mu suatu amal, yang dapat memperoleh pahala orang-orang dahulu serta mendahului pahala orang yang sesudah kamu? Dan tidak akan ada orang yang lebih mulia daripadamu, melainkan orang yang mengamalkan seperti amalanmu." Jawab mereka, "Tentu, ya Rasulullah! Sudah tentu kami suka." Sabda Rasulullah saw., "Hendaklah kamu tasbih, takbir dan tahmid, masing-masing tiga puluh tiga kaIi setiap selesai solat. Kata Abu Shalih, "Kemudian orang-orang, itu datang pula kembali kepada Rasulullah saw., lalu kata mereka, "Kami dengar orang-orang kaya itu mengamalkan pula seperti amalan kami." Jawab Rasulullah saw., "Itu adalah kurnia Allah yang dikurniakanNya kepada siapa yang dikehendaki-Nya."

85  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1114.
Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya ada seorang wanita datang kepada Rasulullah saw., lalu dia bertanya: "Ya, Rasulullah! Ibuku sudah meninggal. Sedangkan dia punya hutang puasa nazar. Bolehkah aku membayarnya?" Jawab Nabi saw., "Bagaimana pendapatmu kalau dia mempunyai hutang kepada seseorang, lalu kamu bayar, lunaskah hutangnya?" Jawab wanita itu, "Tentu lunas!" Sabda Nabi saw., "Nah, puasalah untuk membayar hutang ibumu!"

86  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0959.
Dari Abu Dzar r.a., katanya beberapa orang sahabat Nabi saw. pernah berkata kepada beliau, "Kaum hartawan dapat memperoleh pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti solat, puasa seperti kami puasa, dan bersedekah dengan sisa harta mereka." Jawab Nabi saw., "Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar ma'ruf dan nahyi munkar (mengajak kepada kebajikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah." Tanya mereka, "(Kalau begitu), dapat pahalakah kami bila kami memuaskan nafsu syahwat (sex) kami?" Jawab Rasulullah saw., "Kalau kamu melakukannya dengan yang haram, tentu kamu berdosa. Sebaliknya bila kamu lakukan dengan yang halal, kamu dapat pahala."

87  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1102.
Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya dia ditanya orang tentang puasa hari 'Asyura. Lalu jawabnya, "Aku tidak tahu kalau Rasulullah saw. mempuasakannya untuk mendapatkan keutamaannya atas seluruh hari, selain hari ini ('Asyura) dan bulan ini (Ramadhan)."

88  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1101.
Dari Abu Musa r.a., katanya: "Penduduk Khaibar puasa pada hari 'Asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, di mana wanita-wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian-pakaian yang indah pada hari itu. Lalu bersabda Rasulullah saw., "Puasalah kamu (pada hari itu)!"

89  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1107.
Dari Ziyad Ibnu Jubair r.a., katanya ada seorang lelaki bertanya kepada Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Aku bernazar akan puasa satu hari. Kebetulan harinya bertepatan dengan hari raya Adha atau Fitri. Bagaimana itu?" Jawab Ibnu 'Umar r.a., " Allah memerintahkan supaya membayar nazar. Dan RasuluUah saw. melarang puasa pada hari ini."

90  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1060.
Dari 'Amru bin 'Ash r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Perbezaan puasa kita dengan puasa Ahli Kitab, ialah makan sahur."